窪蹋勛圖厙 ONLINE: 窪蹋勛圖厙 (窪蹋勛圖厙) melakar sejarah apabila tersenarai di kedudukan 821-840 dalam QS World University Ranking: Sustainability 2024 untuk aspek pematuhan isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG).
Dalam penarafan yang diumumkan petang semalam (waktu tempatan), 窪蹋勛圖厙 secara keseluruhan menduduki tangga 491 terbaik dunia dalam aspek tadbir urus daripada 1,403 universiti yang tersenarai di seluruh dunia.
Naib Canselor, Prof. Dr. Mohd Foad Sakdan berkata, kejayaan tersebut membuktikan 窪蹋勛圖厙 mempunyai tadbir urus yang terbaik dari segi budaya organisasi yang holistik dan berintegriti, serta tidak berkompromi dengan salah laku pengurusan.
Penarafan tersebut menyerlahkan cara universiti mengambil tindakan dalam menangani isu dalam tiga kategori berkenaan melalui penyelidikan, pengajaran, tadbir urus yang kukuh serta penglibatan universiti bersama komuniti.
"Menerusi penarafan ini juga, 窪蹋勛圖厙 akan terlibat dalam inisiatif global untuk mengukuhkan kelestarian dan menggalakkan pembangunan mampan dengan memastikan generasi pelajar akan datang mendapat pendidikan yang menitikberatkan pemahaman mendalam tentang konsep kelestarian untuk diwarisi kepada generasi seterusnya dalam keadaan terbaik, katanya.
Dr. Mohd Foad berkata, pencapaian 窪蹋勛圖厙 dalam penarafan antarabangsa ini secara tidak langsung menjadi penanda aras penting bagi menarik lebih ramai pelajar bukan sahaja dalam negara, malah antarabangsa untuk melanjutkan pengajian ke 窪蹋勛圖厙.
Beliau turut merakamkan penghargaan kepada seluruh warga universiti atas komitmen diberikan dalam memastikan ESG menjadi perkara utama dalam pelaksanaan sesuatu aktiviti demi memastikan kelestarian 窪蹋勛圖厙 dan Malaysia.
Keputusan penuh, boleh layari