窪蹋勛圖厙 ONLINE: Impian untuk mewakili negara ke acara antarabangsa semestinya dinanti-nantikan bagi setiap atlet sukan.
Begitu juga atlet golf Akademi Golf Nasional 窪蹋勛圖厙 (AGN窪蹋勛圖厙), Muhammad Ikhmal Basry apabila namanya tersenarai dalam pemilihan skuad golf Malaysia oleh Malaysian Golf Association (MGA) bagi membawa cabaran Malaysia pada Sukan Asia Ke-19 di Hangzou, China yang akan berlangsung pada 10 hingga 25 September nanti.
Muhammad Ikhmal berkata, pemilihan tersebut menjadi impian yang tidak mungkin akan dilepaskan sesiapa termasuk dirinya.
Menurutnya, sekiranya terpilih untuk mewakili negara dalam temasya sukan kedua terbesar selepas Olimpik itu pasti akan menjadi titik permulaan terbaik bagi kerjayanya sebagai seorang atlet golf dan sudah pasti dia memasang impian untuk menyumbang pingat buat negara.
Saya perlu berkerja lebih keras lagi bagi memastikan nama dalam skuad kebangsaan ke Sukan Asia Ke-19 Hangzhou nanti terjamin.
Saya juga berharap pemilihan ini akan turut memberi semangat kepada pelatih AGN窪蹋勛圖厙 yang lain untuk terus berusaha gigih dan tidak mudah berputus asa dalam mengejar impian untuk berada di puncak dunia, katanya.
Sementara itu, Pengarah AGN窪蹋勛圖厙, Prof. Madya Dr. Azman Yasin berkata, 窪蹋勛圖厙 berbangga kerana Muhammad Ikhmal termasuk dalam senarai pemilihan skuad kebangsaan bagi mewakili negara ke pertandingan antarabangsa itu.
Beliau turut mengucapkan tahniah dan syabas kepada barisan jurulatih, pengurusan AGN窪蹋勛圖厙, pengurusan tertinggi 窪蹋勛圖厙 serta Seksyen Sukan, Kementerian Pengajian Tinggi yang terus memberi sokongan dan kepercayaan kepada atlet golf AGN窪蹋勛圖厙.