窪蹋勛圖厙

      

DR. NARENTHEREN RAIH NAIB JOHAN ANUGERAH KHAS MENTERI PENDIDIKAN TINGGI (AKRI) 2024

AAASHAH ALAM Pensyarah 窪蹋勛圖厙 (窪蹋勛圖厙), Prof. Madya Dr. Narentheren a/l Kaliappen meraih Naib Johan dalam Anugerah Khas Menteri Pendidikan Tinggi: Rekabentuk Kurikulum dan Penyampaian Inovatif (AKRI) 2024 bagi kategori Pengalaman Pembelajaran Imersif Bersemuka.

Majlis penyampaian anugerah tersebut telah disempurnakan oleh Menteri Pendidikan Tinggi, Dato Seri Dr. Zambry Abd Kadir, dalam satu majlis yang diadakan di Dewan Agong Tuanku Canselor, UiTM, Shah Alam.

Anugerah AKRI merupakan satu pengiktirafan tertinggi di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi yang bertujuan menghargai usaha inovatif dalam reka bentuk kurikulum dan penyampaian pengajaran yang memberi impak besar kepada dunia pendidikan tinggi di Malaysia.

Beliau berkata, projek yang membawa kejayaan ini bertajuk i3: Inquiry, Ideation & Implementation Nurturing Tomorrows Leaders through International Business Service-Learning.

Melalui projek inovatif ini, beliau berjaya menerapkan pendekatan pembelajaran imersif yang mendorong pelajar terlibat secara aktif bagi kursus International Business Management Seminar melalui khidmat masyarakat.

Usaha ini bertujuan membentuk pemimpin masa depan yang berdaya saing di peringkat global, katanya.

Dalam pada itu, Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa, 窪蹋勛圖厙.Prof. Dr. Mohd Azizuddin Mohd Sani mengucapkan sekalung tahniah di atas pencapaian yang amat membanggakan ini.

Kemenangan beliau dalam Anugerah AKRI 2024 bukan sahaja mengharumkan nama 窪蹋勛圖厙, tetapi juga merupakan bukti kehebatan warga akademik kita dalam mencipta inovasi dalam pembelajaran dan pengajaran. ujarnya.

Beliau berharap agar kejayaan ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga akademik 窪蹋勛圖厙 untuk terus meneroka kaedah pembelajaran yang lebih dinamik, kreatif, dan berimpak tinggi.

Semoga 窪蹋勛圖厙 terus melahirkan graduan yang mampu bersaing di persada global, dan kejayaan seumpama ini akan berterusan pada masa akan datang, katanya.