窪蹋勛圖厙

      

KENALI PENCIPTA LOGO 窪蹋勛圖厙 SEMPENA HARI PENGASASAN 窪蹋勛圖厙 KE-38

pencipta logo uum窪蹋勛圖厙 ONLINE: Sintok - 窪蹋勛圖厙 (窪蹋勛圖厙) akan menyambut ulang tahun Hari Pengasasannya ke-38 pada 16 Februari 2022 ini.

Mungkin ramai yang ingin mengenali dan mengetahui siapakah pencipta logo disebalik kelahiran Universiti Pengurusan ini.

Memandangkan Allahyarham Tan Sri Prof. Emeritus Dr. Awang Had Salleh yang dilantik sebagai Naib Canselor 窪蹋勛圖厙 yang pertama pernah dipinjamkan sebagai Pengarah Institut Teknologi Mara (ITM) atau yang kini dikenali dengan Universiti Teknologi Malaysia (UiTM) pada tahun 1978-1980 maka peluang diberikan kepada pelajar Kursus Seni Reka Grafik UiTM Shah Alam untuk menyertai dan menghantar penyertaan mereka untuk pertandingan mencipta logo 窪蹋勛圖厙 ini.

Hasilnya tiga pensyarah yang diketuai oleh Ketua Kajian Seni Rekanya Prof Dr Zahari Zain Sulaiman bersama 12 pelajarnya telah menghantar penyertaan mereka.

Bagi menyambut hari bersejarah pada 16 Februari ini pihak 窪蹋勛圖厙 Corporate Communication telah menghubungi pereka logo 窪蹋勛圖厙 Mohd Taslim Abd Rashid di Batu Pahat Johor.

Pelajar semester akhir Kursus Seni Reka Grafik yang ditemui itu berkata, pensyarahnya telah mewajibkan lebih 100 pelajar kelasnya untuk menghasilkan logo 窪蹋勛圖厙 ini pada tahun 1984.

Saya tidak menyangka logo ciptaan saya yang mengabungkan empat warna iaitu biru tua, lima jalur berwarna putih, enam biji padi berwarna kuning dan biru muda sebagai latar belakang di luar perisai itu berjaya menambat hati juri, katanya lagi.

Alumni ITM Sarjana Muda Seni lukis dan Seni Reka 1985 ini menambah dalam logo itu terdapat lakaran tiga dimensi iaitu mata pena melambangkan peranan 窪蹋勛圖厙 sebagai institusi pendidikan dan keilmuan.

Manakala dimensi kedua pula melambangkan nama universiti itu 窪蹋勛圖厙 yang terdapat lengkung berwarna putih di bawah sekali melambangkan huruf  U  singkatan daripada perkataan universiti ini manakala garis lengkung di atas pula melambangkan U dari perkataan utara.

Garis tegak di tengah-tengah dan diapit oleh dua garis lengkung di kiri dan kanannya melambangkan huruf M iaitu Malaysia dan terbentuklah perkataan 窪蹋勛圖厙, sambungnya lagi.

Dalam dimensi ketiga pula Mohd Taslim berkata, ianya membawa erti yang terkandung dalam moto 窪蹋勛圖厙 di mana dua garisan yang melambangkan keilmuan dan enam bulatan bujur yang berwarna kuning di tengah-tengah perisai mata pena itu adalah hasil padi masak yang membawa erti kebudimanan berasaskan prinsip ikutlah rasmi padi, semakin berisi semakin tunduk.

Akhirnya ketiga-tiga garisan dibahagian atas logo itu adalah lambang usaha bersama orang perseorangan untuk berbakti kepada agama, bangsa dan masyarakat selaras dengan moto 窪蹋勛圖厙 ilmu, budi dan bakti.