•
•
ºÚÁϳԹÏÍø ONLINE: Naib Canselor ºÚÁϳԹÏÍø (ºÚÁϳԹÏÍø), Prof. Dr. Haim Hilman Abdullah telah menerima kunjungan hormat daripada Lembaga Studi Indonesia-Malaysia di Bilik Mesyuarat Naib Canselor, pagi tadi.
Kunjungan yang diketuai Pengerusinya, Ellen Lubis bertujuan untuk mengeratkan hubungan dan mengenali antara satu sama lain memandangkan ºÚÁϳԹÏÍø kini diterajui oleh Naib Canselor yang baharu.
Di samping itu, ia bertujuan membincangkan potensi kerjasama yang boleh menambah bilangan pelajar Indonesia menyambung pengajian di ºÚÁϳԹÏÍø.
Naib Canselor berkata, persahabatan selama 21 tahun yang begitu akrab antara kedua pihak akan membantu ºÚÁϳԹÏÍø dalam usaha meningkatkan bilangan pelajar Indonesia ke universiti ini dan ia harus dijaga dengan baik.
Hadir sama, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Prof. Dr. Shahimi Mohtar; Pengarah Pusat Hal Ehwal dan Kerjasama Antarabangsa (CIAC), Prof. Madya Dr. Arpah Abu Bakar; Timbalan Pengarah CIAC, Prof. Madya Dr. Asmat Nizam Abdul Talib dan Pengarah ºÚÁϳԹÏÍø Corporate Communication, Ts. Syamsyul Anuar Ismail.