•
•
ºÚÁϳԹÏÍø ONLINE: Naib Canselor, Prof. Dr. Haim Hilman Abdullah telah menerima kunjungan hormat daripada Panglima Pasukan Simpanan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Laksamana Pertama Azeman Yusoff di Bilik Mesyuarat Naib Canselor, tengah hari semalam.
Kunjungan itu bertujuan membincangkan tentang inisiatif kerjasama yang boleh dilaksanakan secara bersama antara ºÚÁϳԹÏÍø dan TLDM.
Haim Hilman berkata, pertemuan itu akan menjadi titik permulaan kepada jalinan kerjasama strategik antara TLDM dan ºÚÁϳԹÏÍø.
"Kedua pihak boleh bekerjasama mengadakan program atau acara universiti bersama PALAPES dan pada masa sama melihat hala tuju PALAPES bagi tempoh lima tahun akan datang.
"Adalah menjadi harapan saya agar TLDM dapat membantu ºÚÁϳԹÏÍø dalam pelaksanaan program dan pembangunan modal insan mengikut kepakaran yang ada di organisasi masing-masing," katanya yang turut menawarkan peluang melanjutkan pengajian kepada warga TLDM yang berminat.
Beliau turut menerangkan tentang peluang kerjasama strategik yang boleh dilaksanakan antara ºÚÁϳԹÏÍø dan TLDM.
Sementara itu, Azeman berkata, beliau menyambut baik cadangan kerjasama berkenaan khususnya dalam meningkatkan kebolehpasaran pelajar dari PALAPES dalam aspek disiplin, berdaya saing dan cemerlang akademik.
Menurutnya, dengan perbincangan yang diadakan itu akan dapat merintis kerjasama baharu antara kedua-dua organisasi.
Hadir sama, Pegawai Staf KD Sri Pinang TLDM, Leftenan Komander Ahmad Shamil Mohd Ezmi dan Pegawai Koordinasi PALAPES Laut ºÚÁϳԹÏÍø, Leftenan Madya Mohamad Muizzuddin Norhalimi serta pegawai-pegawai kanan ºÚÁϳԹÏÍø.