ºÚÁϳԹÏÍø

   â€¢   

PASUKAN ºÚÁϳԹÏÍøFC MARA KE SUKU AKHIR PIALA MB KEDAH 2022

uumfcºÚÁϳԹÏÍø ONLINE: Pasukan bola sepak ºÚÁϳԹÏÍøFC terdiri daripada staf dan pelajar ºÚÁϳԹÏÍø (ºÚÁϳԹÏÍø) berjaya mara ke peringkat suku akhir Kejohanan Widad K-League Piala Menteri Besar Kedah 2022 selepas menewaskan pasukan Bukit Selambau dalam perlawanan ketiga Kumpulan C.

Pasukan ºÚÁϳԹÏÍøFC yang mewakili Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Kayu Hitam akan bertemu pasukan DUN Sungai Tiang pada 22 Julai ini di Stadium Mini Pendang.

Ketua jurulatih, Maizal Hairi Marzuki berkata, beliau yakin dengan kemampuan semua pemain ºÚÁϳԹÏÍøFC untuk menewaskan pasukan pesaing nanti.

"Kita akan meneruskan momentum kemenangan untuk melangkah ke peringkat akhir, seterusnya merangkul Piala Menteri Besar Kedah pada tahun ini. Insya-Allah, pasukan ºÚÁϳԹÏÍøFC akan mempamerkan permainan yang membanggakan agar kejayaan menjadi milik kita.

"Di samping itu, saya mewakili pasukan pengurusan ºÚÁϳԹÏÍøFC dan pemain berterima kasih kepada ADUN Bukit Kayu Hitam di atas kepercayaan diberikan kepada pasukan ºÚÁϳԹÏÍø untuk mewakili DUN ini dan juga Naib Canselor yang memberikan kebenaran untuk menggunakan padang bola di kampus ini, selain menggunakan perkhidmatan bas universiti untuk ke gelanggang pertandingan," katanya.

Pasukan ºÚÁϳԹÏÍøFC yang berada di Kumpulan C menjadi antara lapan pasukan yang layak ke suku akhir bersama pasukan dari Sungai Tiang, Pengkalan Kundur, Ayer Hitam, Belantik, Bukit Selambau, Lunas dan Bayu.

Peringkat akhir dijadualkan berlangsung pada 5 Ogos depan.