窪蹋勛圖厙 ONLINE: Ahli Persatuan Alumni 窪蹋勛圖厙 (PA窪蹋勛圖厙) yang kini berjumlah 102,189 orang di seluruh negara diminta untuk bersama-sama kepimpinan universiti memperkasakan 窪蹋勛圖厙 ke peringkat lebih tinggi.
Presiden baharu PA窪蹋勛圖厙, Prof. Dr. Mohd Amy Azhar Mohd Harif berkata, beliau menyeru semua alumni universiti ini untuk mendekati alma mater dalam menyumbang idea dan pandangan dalam pelbagai aspek.
Menurutnya, dalam usaha 窪蹋勛圖厙 untuk melonjakkan nama ke persada global, semua pihak perlu memainkan peranan termasuk alumni universiti ini.
"Persatuan Alumni juga memberi jaminan akan mendukung agenda pembaharuan yang dibawa oleh Naib Canselor, Prof. Dr. Haim Hilman Abdullah demi kepentingan bersama dan kita yakin 窪蹋勛圖厙 akan terus mengorak langkah dan cemerlang di bawah kepimpinan beliau.
Saya juga ingin merakamkan penghargaan kepada kepimpinan Ahli Majlis Eksekutif PA窪蹋勛圖厙 sebelum ini yang telah berusaha meningkatkan kualiti dan imej PA窪蹋勛圖厙 dan 窪蹋勛圖厙 sendiri, katanya pada Perasmian Mesyuarat Agung Tritahunan (AGM) Kali Ke-14 Tahun 2022 di EDC 窪蹋勛圖厙, baru-baru ini.
Pada mesyuarat itu, beliau yang merupakan Penolong Naib Canselor 窪蹋勛圖厙 COB merangkap Pengarah Jabatan Strategik dan Pembangunan Perniagaan telah dipilih sebagai Presiden baharu menggantikan Dr. Mohd Azlan Yahya.
Sementara itu, Dr. Mohd Azlan berkata, beliau berterima kasih di atas kepercayaan diberikan kepadanya untuk memikul tanggungjawab sebagai Presiden bagi sesi 2018 hingga 2022.
Menurutnya, AGM PA窪蹋勛圖厙 sebelum ini terpaksa ditangguhkan beberapa kali berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat penularan Covid-19 melanda negara dan dunia sejak 2020.
"Tahniah juga diucapkan kepada Prof. Dr. Mohd Amy Azhar dan semua Ahli Majlis Eksekutif baharu PA窪蹋勛圖厙 yang telah dilantik bagi sesi 2022-2025. Selamat menjalankan tugas," katanya.