•
•
ºÚÁϳԹÏÍø ONLINE: Semua profesor ºÚÁϳԹÏÍø (ºÚÁϳԹÏÍø) diminta untuk bersama-sama membantu universiti menjayakan agenda yang telah dirancang demi bangsa, agama dan negara.
Naib Canselor, Prof. Dr. Haim Hilman Abdullah berkata, profesor universiti ini menerusi Majlis Profesor ºÚÁϳԹÏÍø (MPºÚÁϳԹÏÍø) harus kerap bersama meskipun terdapat kekangan masa agar dapat berbincang tentang agenda-agenda besar universiti yang harus diangkat bersama.
Menurutnya, adakan perjumpaan sosial seperti ini untuk eratkan hubungan antara satu sama lain dan pada masa sama, boleh melihat dan sama-sama fikirkan bagaimana untuk membantu masyarakat di luar sana dengan kepakaran dimiliki profesor di ºÚÁϳԹÏÍø.
"Allah telah memilih seseorang itu untuk bergelar profesor kerana mahu beliau menjadi pembimbing ke jalan yang diredai-Nya.
"Saya berharap profesor ºÚÁϳԹÏÍø dapat mendekatkan diri dengan masyarakat. Bantu mereka bukan sahaja dalam konteks di negeri Kedah, malah negara. Allah berikan peluang bergelar profesor ini untuk kita pikul amanah tersebut," katanya pada Majlis Bual Bicara dan Berbuka Puasa Bersama Naib Canselor di EDC-ºÚÁϳԹÏÍø, semalam.
Tambah beliau, ºÚÁϳԹÏÍø merupakan 'brain of the state', maka susun atur perancangan untuk majukan agenda universiti dan lihat dalam konteks komuniti bagaimana untuk membantu golongan tersebut.
Sementara itu, Pengerusi MPºÚÁϳԹÏÍø, Prof. Ts. Dr. Suhaidi Hassan berkata, ahli MPºÚÁϳԹÏÍø sedia bersama-sama untuk membantu universiti dengan misi yang telah digariskan.
Beliau mengajak semua profesor ºÚÁϳԹÏÍø untuk merapatkan saf dan mengeratkan ukhwah antara satu sama lain agar apa yang dihasratkan universiti dapat direalisasikan.