窪蹋勛圖厙 ONLINE: "Tahniah 窪蹋勛圖厙!," kata Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), Dato' Seri Dr. Mazlan Yusuff sempena Lawatan Kerja Ke 窪蹋勛圖厙 (窪蹋勛圖厙), hari ini.
Beliau berkata, 窪蹋勛圖厙 telah menunjukkan rekod pencapaian yang baik dan cemerlang dalam QS World University Rankings (QSWUR) iaitu dengan tersenarai sebagai Top 100 QSWUR Under 50.
Menurutnya, beliau berbangga di atas pencapaian tersebut yang telah memperlihatkan peningkatan positif, begitu juga universiti awam lain yang turut mencatatkan peningkatan memberangsangkan.
"Ranking is important kerana ia bukan semata-mata pada angka tetapi membuka peluang kepada kolaborasi, nilai-nilai kajian, infrastruktur dan menjadi perhatian pelajar yang ingin melanjutkan pengajian ke universiti pilihan mereka.
Selain itu, ranking ini juga memainkan peranan penting untuk lonjakan imej sesebuah universiti dan juga kebolehapasaran graduan (GE). Saya melihat peratusan GE 窪蹋勛圖厙 sangat tinggi dan ia merupakan sesuatu yang sangat baik," katanya yang juga Ahli Lembaga Pengarah Universiti (LPU) 窪蹋勛圖厙.
Tambah beliau, walaupun 窪蹋勛圖厙 bukan universiti penyelidikan (RU) dan hanya memfokus kepada bidang pengurusan, 窪蹋勛圖厙 masih berupaya melahirkan graduan yang versatil dari pelbagai aspek seperti kepimpinanan, keusahawanan dan digital.
Dalam masa yang sama, beliau turut menyokong titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah, Sultan Kedah tentang penubuhan Pusat STEM di 窪蹋勛圖厙 yang bertujuan untuk melihat negeri Kedah bertambah maju terutamanya dalam penggunaan Artificial Intelligence (AI) dan data raya (big data) menuju era digital economy dan gig economy yang bersesuaian dengan hasrat 窪蹋勛圖厙 menjadi Universiti Pengurusan Terkemuka di era digital namun masih kekal sebagai universiti pengurusan.
Di samping itu, Dato' Seri Dr. Mazlan mengingatkan agar universiti bukan sahaja cemerlang akademik, malahan menjaga tadbir urus universiti dengan baik dari aspek kredibiliti dan proses kerja.
Beliau juga menerangkan bahawa sepanjang penularan wabak Covid-19, KPT telah didedahkan dengan pelbagai isu berkaitan Covid-19 termasuk memberi respon pertama melibatkan penutupan universiti, penyelarasan takwim akademik serta memperkasakan pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara online.
Sementara itu, Naib Canselor, Prof. Dato' Dr. Ahmad Bashawir Abdul Ghani berkata, 窪蹋勛圖厙 berusaha untuk meningkatkan pencapaian ranking yang semakin menunjukkan peningkatan.
Menurutnya, beliau mensasarkan pada tiga atau empat tahun akan datang, 窪蹋勛圖厙 akan tersenarai dalam Top 50 QSWUR Under 50 menerusi pelbagai agenda yang dirancang termasuk Pelan Strategik Fasa 3 yang akan dilaksanakan tidak lama lagi.
University ranking is not just a number but a responsibility.
Antara usaha yang akan dilakukan 窪蹋勛圖厙 adalah seperti meningkatkan jumlah staf bukan warganegara yang akan membantu dalam agenda ranking universiti ini , katanya.
Beliau turut memberi taklimat tentang jumlah pensyarah yang memiliki PhD semakin bertambah, status kampus 窪蹋勛圖厙KL yang akan menjadi kampus penuh dan pencapaian penerbitan yang semakin membanggakan.
Selain itu, Naib Canselor juga menerangkan tentang inisiatif diambil 窪蹋勛圖厙 sepanjang penularan pandemik Covid-19 seperti kutipan Tabung Khas Covid-19 yang berjumlah lebih RM310,000 dan penawaran geran penyelidikan ResQ-Covid-19 bernilai RM110,000.
Tidak ketinggalan, peratusan kebolehpasaran graduan 窪蹋勛圖厙 sebanyak 92.2 peratus iaitu tertinggi dalam sejarah universiti, malah antara yang tertinggi dalam kalangan universiti awam lain dengan 84.2 peratus adalah graduan yang benar-benar bekerja.
Pada lawatan itu juga, Naib Canselor menerangkan tentang hasrat 窪蹋勛圖厙 menubuhkan Pusat STEM seperti yang dizahirkan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah.
Turut membuat pembentangan ialah Pemangku Bendahari, Eylani Ahmad tentang Kelestarian Kewangan; Pendaftar, Baharudin Yaacob tentang Sumber Manusia dan Pengarah JPP, Ir. Md Uzairin Saidin berkenaan projek pembangunan dalam kampus.