窪蹋勛圖厙

      

SEFB RINGANKAN BEBAN MANGSA BANJIR DI BALING

WhatsApp Image 2022 09 28 at 5.18.24 PM窪蹋勛圖厙 ONLINE: Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Itulah peribahasa yang sesuai menggambarkan keprihatinan Pusat Pengajian Ekonomi, Kewangan dan Perbankan (SEFB) untuk membantu meringankan beban mangsa banjir di Baling, baru-baru ini.

Cakna dengan nasib mangsa terjejas, penyerahan sumbangan telah disempurnakan oleh Dekan SEFB, Prof. Madya Dr. Bakti Hasan Basri kepada Timbalan Pengerusi Masjid Kg. Iboi, Baling,  Ustaz Mat Zukri Abu Bakar.

Bakti berkata, sumbangan berupa wang tunai itu adalah tanda prihatin warga SEFB dan 窪蹋勛圖厙 kepada penduduk di Baling khususnya di Kampung Iboi yang menjadi mangsa bencana banjir.

Seramai 20 penduduk kmapung terlibat telah dikenal pasti untuk menerima sumbangan ini yang diharapkan dapat membantu mereka untuk membeli barangan keperluan dan kegunaan harian.

SEFB sentiasa aktif menjalankan projek komuniti dengan membantu penduduk sekitar 窪蹋勛圖厙 termasuk membantu pelajar 窪蹋勛圖厙 serta komuniti setempat yang memerlukan, katanya.

Sementara itu, Ustaz Mat Zukri merakamkan penghargaan kepada 窪蹋勛圖厙 khususnya SEFB yang sudi menghulurkan sumbangan untuk mangsa banjir di sini.