窪蹋勛圖厙

      

SULTAN KEDAH MAHU GRADUAN TERAP NILAI ILMU, BUDI DAN BAKTI

layout sesi 1窪蹋勛圖厙 ONLINE: Graduan 窪蹋勛圖厙 (窪蹋勛圖厙) perlu terapkan nilai ilmu, budi dan bakti yang baik sebagai pegangan dalam membentuk keperibadian mulia dalam menjadi pemimpin kelas pertama.

Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Badlishah, bertitah kejayaan graduan merangkul ijazah adalah permulaan kepada pelengkap dalam pembangunan tamadun Malaysia yang maju.

"Jika anda memimpin sebuah rumah tangga, jadilah pemimpin rumah tangga berminda kelas pertama. Jika anda memimpin masyarakat, jadilah pemimpin masyarakat berminda kelas pertama.

"Jika anda memimpin organisasi, jadilah pemimpin organisasi berminda kelas pertama dengan menyemai falsafah ilmu, budi, bakti.

"Dalam masyarakat dahulu, konsep budi sangat popular dan diamalkan dalam kehidupan seharian. Orang yang berilmu jika tidak ada budi pekerti maka kebijaksanaannya akan hilang," titah baginda.

Dalam pada itu baginda juga turut menzahirkan ucapan kegembiraan di atas pencapaian terbaik universiti ini di peringkat universiti tempatan dan antarabangsa malah sehingga menjadi tarikan pelajar dari dalam dan luar negara.

Oleh yang demikian baginda yakin dan penuh kepercayaan kepada Naib Canselor Prof. Dr. Haim Hilman Abdullah dalam mengemudi universiti ini, titah baginda pada Sesi Pertama Majlis Konvokesyen Ke-34 窪蹋勛圖厙 yang berlangsung di Dewan Mu'adzam Shah, 窪蹋勛圖厙 hari ini.

Terdahulu baginda berkenan mengisytiharkan sesi pertama Majlis Konvokesyen 窪蹋勛圖厙 dan menyampaikan ijazah kepada 275 graduan.

Di sesi pertama ini, Sultan Kedah Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Almarhum Sultan Badlishah turut menyampaikan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah (Pengurusan Pembangunan ICT) kepada Tan Sri Dr Halim Shafie dan Ijazah Kehormat Sarjana (Pengurusan Operasi) kepada Datuk Che Azmi Murad.