•
•
ºÚÁϳԹÏÍø ONLINE: Alor Setar - Tunku Mahkota Kedah, Duli Yang Amat Mulia Dato' Seri DiRaja Tunku Shazuddin Ariff Ibni Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin, Pro-Canselor ºÚÁϳԹÏÍø (ºÚÁϳԹÏÍø) berharap universiti ini menggalakkan penggunaan teknologi hijau dengan lebih agresif membabitkan staf dan pelajar universiti ini.
Harapan Duli Yang Amat Mulia itu dizahirkan setelah Duli Yang Amat Mulia perkenan menerima menghadap Naib Canselor, Prof. Dr. Haim Hilman Abdullah di Wisma Darulaman, pagi tadi.
Malah, Duli Yang Amat Mulia bertitah agar ºÚÁϳԹÏÍø dapat menggerakkan program kampus lestari, di samping mengurangkan pembakaran terbuka yang menyebabkan pencemaran udara ke persekitaran universiti.
Pada majlis menghadap itu, Naib Canselor telah menyembah maklum beberapa perkara untuk makluman Tunku Mahkota termasuk cadangan tarikh penganjuran Majlis Konvokesyen ke-35 ºÚÁϳԹÏÍø bagi graduan tahun 2022 dan Majlis Konvokesyen ke-36 ºÚÁϳԹÏÍø bagi graduan tahun 2023, selain tarikh penganjuran Majlis Konvokesyen ke-34 ºÚÁϳԹÏÍø bagi graduan tahun 2021.
Dalam perkara ini, Duli Yang Amat Mulia menzahirkan rasa gembira untuk berangkat ke universiti bagi menyempurnakan Majlis Konvokesyen ke-34 ºÚÁϳԹÏÍø yang akan diadakan secara bersemuka sepenuhnya bermula 6 hingga 10 November depan.
Selain itu, Haim Hilman turut memaklumkan perkembangan terkini ºÚÁϳԹÏÍø serta ‘r´Ç²¹»å³¾²¹±è' ºÚÁϳԹÏÍø di bawah Gagasan Gemilang Akademia dan Admin Holistik (GAGAH) @ Bersama Menjulang Namamu ºÚÁϳԹÏÍø.
Dalam usaha meningkatkan keterlihatan ºÚÁϳԹÏÍø di persada antarabangsa, Naib Canselor telah menyembah maklum tentang program kolaborasi ºÚÁϳԹÏÍø dengan universiti terkemuka luar negara seperti pemeteraian MoU dan MoA serta lawatan kerja beliau ke Australia dan Indonesia.
Haim Hilman turut memaklumkan hasrat universiti untuk mengadakan Program Kembara DiRaja Kedah yang dapat mengeratkan lagi hubungan dua hala antara pihak istana dan rakyat jelata.
Katanya, selain merapatkan hubungan keluarga Diraja Kedah dengan rakyat, tinjauan terhadap pembangunan dalam negeri juga boleh dibuat selain mempromosikan lokasi-lokasi menarik bagi industri pelancongan.
Pelaksanaan program tersebut juga telah mendapat perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah, Tuanku Canselor ºÚÁϳԹÏÍø.