ºÚÁϳԹÏÍø

   â€¢   

ºÚÁϳԹÏÍø AKTIF DALAM GLOBAL EDUCATION FORUM DI UZBEKISTAN

WhatsApp Image 2024 07 09 at 10.49.01 AMºÚÁϳԹÏÍø ONLINE: Uzbekistan - ºÚÁϳԹÏÍø (ºÚÁϳԹÏÍø) telah memainkan peranan aktif dalam Global Education Forum yang berlangsung selama lima hari di Samarkand bermula 26 Jun lalu.

Forum ini dianjurkan oleh Kementerian Pengajian TinggiSains dan Inovasi Uzbekistan dan merupakan platform bagi universiti-universiti terpilih dari seluruh dunia untuk berkongsi pencapaian mereka serta memperluas jaringan kerjasama.

ºÚÁϳԹÏÍø diwakili oleh Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof. Dr. Russayani Ismail dan Pengarah Bahagian Pemasaran ºÚÁϳԹÏÍø, Prof. Madya Dr. Ahmad Hisham Zainal Abidin.

Dr. Russayani telah diberi penghormatan untuk menyampaikan pengalaman ºÚÁϳԹÏÍø dalam aspek ketidaksamaan dalam pendidikan tinggi (Inequality in Higher Education) dan membentangkan inisiatif ºÚÁϳԹÏÍø seperti projek SULUNG 2.0 dan Independent Living Center (ILC) yang bertujuan untuk membuka peluang pendidikan tinggi kepada golongan B40, OKU dan orang asal.

Forum ini turut menyaksikan kehadiran delegasi dari pelbagai negara seperti United Kingdom, Rusia, Brazil, Belgium, China, Jepun, Kazakhstan, Kirgistan, Sri Lanka, India, Pakistan, Indonesia, dan lain-lain.

Wakil dari ºÚÁϳԹÏÍø berpeluang untuk berinteraksi dan berbincang dengan delegasi luar negara bagi membuka peluang untuk kolaborasi dan pertukaran ilmu.

Selain mengambil bahagian dalam forum, Dr. Russayani turut menghadiri International Scientific and Practical Conference yang dianjurkan oleh Tashkent International University of Financial Management and Technologies.

Selain itu, beliau juga bertemu dengan wakil dari Tashkent State University of Economics untuk membincangkan potensi kolaborasi penyelidikan antara kedua-dua universiti.

Sementara itu, Dr. Ahmad Hisham mengadakan lawatan ke Asia Consult, agensi pengambilan pelajar antarabangsa yang berpangkalan di Tashkent, Uzbekistan.

Lawatan ini bertujuan untuk memperluas pasaran pelajar antarabangsa untuk ºÚÁϳԹÏÍø dengan mengekalkan hubungan dekat dengan agensi penting di wilayah tersebut.

Wakil ºÚÁϳԹÏÍø juga mengambil kesempatan untuk berjumpa dengan alumni ºÚÁϳԹÏÍø di Uzbekistan, mengumpul maklumat terkini tentang potensi peluang untuk menarik lebih ramai pelajar Uzbekistan ke ºÚÁϳԹÏÍø dalam masa akan datang.

Forum ini tidak hanya mengukuhkan reputasi ºÚÁϳԹÏÍø di peringkat antarabangsa, tetapi juga membuka pintu kepada peluang kerjasama dan pertukaran ilmu yang bermanfaat untuk kemajuan pendidikan tinggi di Malaysia dan seluruh dunia.