窪蹋勛圖厙

      

窪蹋勛圖厙 DIIKTIRAF TOP 10 IN PUBLIC HIGHER EDUCATION INSTITUTION

TALENT窪蹋勛圖厙 ONLINE 窪蹋勛圖厙 (窪蹋勛圖厙) telah menerima pengiktirafan sebagai Top 10 in Public Higher Education Institution di Malam Gemilang Majlis Anugerah Pilihan Graduan (Graduates Choice Award  GCA 2024) anjuran Talentbank, baru-baru ini.

Penganugerahan ini menandakan pengiktirafan graduan terhadap kebolehpasaran dan kualiti program yang ditawarkan di 窪蹋勛圖厙.

Perasmian disempurnakan oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar), Kementerian Pendidikan Tinggi, Dato Dr. Megat Sany Megat Ahmad Sufian.

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Dr. Ahmad Martadha Mohamed bersama Pengarah Pusat Pembangunan Kerjaya dan Kebolehpasaran Graduan (PPKKG), Dr. Fikriyah Abdullah telah mewakili 窪蹋勛圖厙 untuk menerima anugerah tersebut.

Pengiktirafan ini dicapai melalui suara kolektif pelajar pusat pengajian tinggi dan universiti tempatan seluruh negara bagi memilih industri pilihan mereka.

Ini sekali gus menjadikan ia satu wacana utuh terhadap usaha kerjasama industri dalam merapatkan jurang kebolehpasaran antara para graduan dan para majikan.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Talentbank, Ben Ho dan Setiausaha Bahagian Perancangan Strategik, KPT, Fazidah Mustafa