窪蹋勛圖厙

      

窪蹋勛圖厙 FELLOWSHIP RIDE 2023 CABAR ADRENALIN

L GEREK窪蹋勛圖厙 ONLINE: 窪蹋勛圖厙 Fellowship Ride 2023 sukan yang mendebarkan ternyata mencabar adrenalin penggemar sukan berbasikal dari seluruh Malaysia di samping mencari damai dengan alam.

Seramai 200 peserta beraksi menguji tahap kecekapan dengan menempuh laluan berbukit, sawah serta denai yang memberi kepuasan.

Pengarah Program, Mazri Yaakob berkata, 窪蹋勛圖厙FR2023 merupakan acara kayuhan santai (funride) yang bermula di Pusat Sukan, 窪蹋勛圖厙 (窪蹋勛圖厙) merentasi daerah Kubang Pasu seperti Kampung Langsat, Bukit Kechil, Napoh, Hosba, Wang Perah, Kampung Darat, Kampung Baru  dan Changkat Setol.

Seawal pagi, peserta memulakan kayuhan dengan mempamerkan disiplin yang tinggi, tenang dalam kayuhan yang memberi pengalaman berharga.

Tujuan utama kayuhan ini adalah untuk saling berkenalan dan merapatkan ukhuwah sesama peserta dari pelbagai negeri yang mempunyai hobi yang sama di samping menikmati keindahan dan kebesaran ciptaan Ilahi di sepanjang kayuhan, ujarnya.

Jelasnya, program anjuran Kelab Basikal 窪蹋勛圖厙 Cycling Club (窪蹋勛圖厙CC) dengan kerjasama Baling Cycling Club (BCC) sebagai salah satu langkah memperkenalkan 窪蹋勛圖厙 kepada masyarakat umum dan mempromosikan 窪蹋勛圖厙 di Malaysia mahupun di luar negara.

Sambutan amat menggalakkan dengan kekuatan 30 ahli pasukan serta 20 orang marsyal mengiringi peserta sepanjang kayuhan bagi melancarkan perjalanan dan mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku

Alhamdulillah program berjalan lancar dan semuanya sampai dengan selamat. Terima kasih kepada semua dan peserta yang terlibat dalam menjayakan aktiviti gaya hidup sihat, katanya.

              

Jelasnya, acara ini juga bersempena sambutan ulang tahun 窪蹋勛圖厙 ke-39 pada tahun 2023  ini selain meningkatkan kesedaran dan menunjukkan rasa penghargaan kakitangan dan alumni 窪蹋勛圖厙 dengan membantu mempromosi 窪蹋勛圖厙 di seluruh Malaysia.

Terdahulu, majlis pelepasan disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga Masyarakat Dan Kebajikan, Dato Halimaton Shaadiah Saad di Pusat Sukan 窪蹋勛圖厙, kelmarin.   

Sementara itu peserta, Nor Azani Abidin berpuas hati dengan trek yang menguji skil dan kemampuan peserta.

Trek memang hebat, cuaca elok, paling best marsyal memainkan peranan terbaik dalam menjaga dan mengawal kelajuan peserta.

Jarak bukan ukuran, yang penting kepuasan, acara ini memberi keseronokan kepada peserta yang datang dari jauh melihat bumi Sintok dan program seumpama ini diharapkan menjadi acara tahunan, katanya yang juga seorang guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Jerai, Kupang.  

Penganjuran ini juga mewujudkan kesedaran kepada masyarakat luar bahawa 窪蹋勛圖厙 bukanlah hanya sebuah institusi pengajian semata-mata, bahkan aktif dalam penganjuran sukan di peringkat antarabangsa.