窪蹋勛圖厙

      

窪蹋勛圖厙 JADI EJEN MASYARAKAT BINA NEGARA GEMILANG

uum johor窪蹋勛圖厙 ONLINE: Johor - Institusi Pengajian Tinggi seperti 窪蹋勛圖厙 seharusnya keluar dari pagar tradisi supaya dapat menjadi ejen masyarakat bagi membina sebuah negara yang gemilang, kata Naib Canselor, Prof. Dr. Haim Hilman Abdullah pada Program 窪蹋勛圖厙 Prihatin-Kiriman Kasih Utara di Balai Raya Palong Timur 2, Segamat.

Menurutnya, anak-anak belia harus dididik untuk mencipta kegemilangan masa hadapan, justeru usah dibiar sejarah mencatat kegagalan, sebaliknya biar kejayaan meniti di setiap cerita bangsa.

Generasi hari ini wajar ditanam dalam dirinya semangat untuk terus maju ke hadapan bukan hanya untuk pencapaian diri sendiri malah demi keluarga dan negara tercinta, katanya.

Pada program itu juga, Prof. Dr. Haim Hilman telah menyampaikan baucar pembelian komputer riba bernilai RM2,000 sumbangan Lembaga Tabung Haji kepada 10 pelajar 窪蹋勛圖厙 dari golongan B40 dengan jumlah keseluruhan RM20,000.

Program 窪蹋勛圖厙 Prihatin-Kiriman Kasih Utara sempena Program KPT Prihatin Keluarga Malaysia@Johor itu turut mengadakan ceramah motivasi tentang pembangunan bakat serta peningkatan kemahiran insaniah kepada peserta.

Seramai 30 belia anak Johor yang merupakan ahli Majlis Perwakilan Pelajar 窪蹋勛圖厙 dan Kelab Patriot Chapter Johor 窪蹋勛圖厙 telah menjayakan program tersebut.