窪蹋勛圖厙 ONLINE: 窪蹋勛圖厙 (窪蹋勛圖厙) diiktiraf sebagai universiti ke-95 terbaik dunia di bawah usia 50 tahun oleh Times Higher Education (THE) Young University Rankings 2023, sekali gus meletakkan 窪蹋勛圖厙 sebagai universiti awam nombor satu terbaik di Malaysia dalam penarafan tersebut.
Kedudukan 窪蹋勛圖厙 melonjak 75 anak tangga untuk berada di kedudukan ke-95 terbaik dunia didorong oleh indikator sitasi (citation), selain mengekalkan markah tinggi untuk kategori pengajaran dan penyelidikan.
Naib Canselor, Prof. Dr. Mohd Foad Sakdan merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada semua warga 窪蹋勛圖厙 termasuk mantan Naib-naib Canselor dan alumni 窪蹋勛圖厙.
Pada 16 Februari 2024, 窪蹋勛圖厙 akan mencecah usia 40 tahun dan pencapaian ini semestinya perkhabaran terindah buat seluruh keluarga besar 窪蹋勛圖厙, alumni dan pihak luar yang turut membantu dalam kejayaan universiti ini.
Kedudukan ke-95 ini juga secara tidak langsung meletakkan imej dan nama 窪蹋勛圖厙 sebaris dengan universiti ternama dunia lain, katanya ketika mengulas keputusan penuh THE Young University Rankings 2023 yang diterbitkan pada jam 5 petang, hari ini (waktu tempatan).
Pada 23 Jun lalu, THE Asia University Rankings 2023 mengumumkan 窪蹋勛圖厙 telah berjaya membuat lonjakan 56 anak tangga sehingga berada dalam kelompok 100 universiti terbaik Asia dalam tempoh tiga tahun sejak 2021, sekali gus menjadi universiti awam kedua terbaik Malaysia.
Dr. Mohd Foad berkata, pencapaian terbaik setakat ini tidak meletakkan keluarga besar 窪蹋勛圖厙 untuk berpeluk tubuh, sebaliknya usaha digandakan lagi untuk pencapaian lain.
Ini termasuklah meneruskan usaha memperkasakan 窪蹋勛圖厙 sebagai pusat rujukan dalam bidang pengurusan dan pendidikan pengurusan, selain berperanan untuk menjadikan 窪蹋勛圖厙 sebagai pemangkin pembangunan wilayah utara.
窪蹋勛圖厙 mesti terus rancak memperkasakan mahasiswa supaya graduan yang dihasilkan mendapat pengetahuan dan kemahiran yang sesuai dengan kehendak industri, katanya.
THE Young University Rankings 2023 menggunakan 13 indikator dalam lima kategori iaitu pengajaran (30 peratus), penyelidikan (30 peratus), sitasi (30 peratus), pandangan antarabangsa (7.5 peratus) dan pendapatan industri (2.5 peratus).
Untuk rekod, 窪蹋勛圖厙 julung kali tersenarai pada 2019 di kedudukan 201-250 dan kedudukan tersebut terus melonjak sehingga 2022 di mana 窪蹋勛圖厙 berada di tangga 170.
Badan penarafan yang berpangkalan di London ini telah menyenaraikan 605 universiti dari 78 negara pada edisi kali ini dan merupakan penyenaraian terbanyak setakat ini.
Keputusan penuh THE Young University Rankings 2023 boleh layari