窪蹋勛圖厙 ONLINE: Sukarelawan 窪蹋勛圖厙 (窪蹋勛圖厙) terus menabur bakti kepada masyarakat dengan menggembleng tenaga membersihkan kawasan yang terjejas akibat banjir di Mentakab, Pahang selama dua hari bermula 2 Januari lalu.
Misi Bantuan Banjir Pahang 窪蹋勛圖厙@KPT Prihatin itu turut disertai Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) yang menjalankan fungsi Naib Canselor, Prof. Dr. Haim Hilman Abdullah.
Misi selama dua hari itu melibatkan kerja pembersihan di Kampung Tanjung Kerayong dan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (C) Chung Hwa.
Prof. Dr. Haim Hilman berkata, seramai 120 sukarelawan terdiri daripada pelajar 窪蹋勛圖厙 telah berganding bahu menyertai misi pasca banjir itu.
Menurutnya, fokus kali ini adalah membantu dalam kerja pembersihan melibatkan rumah mangsa banjir dan sekolah yang mana ia turut dijadikan sebagai Pusat Penempatan Sementara (PPS).
Di samping itu, kita juga menghulurkan bantuan seperti barangan keperluan asas dan kelengkapan harian bagi meringankan bebanan yang ditanggung mangsa banjir terlibat.
Saya harap menerusi misi bantuan tersebut akan mendekatkan lagi 窪蹋勛圖厙 dengan masyarakat bukan hanya di negeri Kedah, malah seluruh negara, katanya.
Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad turut menyertai sukarelawan 窪蹋勛圖厙 membersihkan kawasan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (C) Chung Hwa.
Selain itu, turut serta dalam misi bantuan ini ialah Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Madya Dr. Hendrik Lamsali; Dekan Hal Ehwal Pelajar, Prof. Madya Dr. Massudi Mahmuddin dan Pengarah Bahagian Perkhidmatan dan Sokongan Pelajar (SSSD), Prof. Madya Dr. Rajwani Md Zain.