窪蹋勛圖厙

      

窪蹋勛圖厙 TERIMA TAJAAN RM51,000 PROGRAM CPD SEMINAR ASAS PENGURUSAN HARTA TANAH

ZAKAT窪蹋勛圖厙 ONLINE: 窪蹋勛圖厙 (窪蹋勛圖厙) menerima tajaan berjumlah RM51,000 bagi Program CPD Seminar Asas Pengurusan Harta Tanah (Pengurusan Strata) di Bilik Mesyuarat Naib Canselor.

Naib Canselor, Prof. Dato Dr. Mohd Foad Sakdan berkata, 窪蹋勛圖厙 dan Malaysian Institute of Property And Facility Managers (MIPFM) telah merancang untuk menganjurkan CPD Seminar Fundamental of Property Management di mana kursus ini akan dilaksanakan dalam masa terdekat.

Menurutnya, 窪蹋勛圖厙 melalui Pusat Pengajian Kerajaan (SOG) telah menjalin hubungan strategik dan telah menandatangani Memorandum Perjanjian (MOA) dengan pihak MIPFM.

Justeru, saya berterima kasih kepada Pusat Zakat dan Wakaf, 窪蹋勛圖厙, Waqaf An-Nur Corporation Berhad dan Bank Muamalat Malaysia Berhad yang sudi memberi sumbangan penajaan ini.

Dengan adanya tajaan ini, peserta kursus terdiri pelajar B40 dan pelajar asnaf tahun akhir 窪蹋勛圖厙 daripada pelbagai program pengajian akan menerima manfaat apabila bergraduat nanti, katanya.

Dr. Mohd Foad berkata, kursus ini juga akan menjadi nilai tambah kepada pelajar bagi membantu mereka membina kerjaya dalam industri hartanah.

Menurutnya, sijil kursus akan dikeluarkan oleh pihak MIPFM dengan mata CPD daripada pihak Lembaga Penilai, Pentaksir, Ejen Harta Tanah dan Pengurus (LPPEH) Malaysia yang boleh dijadikan sebagai nilai tambah dan kebolehpasaran kepada kompetensi pelajar dan peserta.

Beliau mendoakan agar kerjasama seperti ini dapat diteruskan di masa hadapan untuk terus menyumbang kepada bangsa, agama dan negara.

Hadir sama, Ketua Jabatan Kewangan Sosial, Bank Muamalat Malaysia Berhad, Zaharudin Alias; Dekan SOG, Prof. Madya PMgr. Sr Dr. Mohamad Sukeri Khalid dan Timbalan Pengarah Pusat Zakat and Wakaf, 窪蹋勛圖厙, Dr. Mohamad Zulkarnai Ghazali.