窪蹋勛圖厙 ONLINE: Banjir besar yang melanda beberapa kawasan baru-baru ini, telah mengakibatkan kerugian besar termasuk kemusnahan harta benda pastinya cabaran untuk memulakan semula kehidupan selepas bencana ini ujian yang sangat berat buat mereka.
Prihatin terhadap nasib yang menimpa, Yayasan Pekema dengan kerjasama anak syarikat PEKEMA ,Central Auto Distributors Bhd (CADB), dan Pusat Pengajian Perakaunan Tunku Puteri Intan Safinaz, 窪蹋勛圖厙 (窪蹋勛圖厙) tampil untuk membantu 45 komuniti sekitar Changlun, termasuk staf UPSB yang terkesan.
Naib Canselor 窪蹋勛圖厙, Prof. Dato Dr. Mohd Foad Sakdan, berkata ketika saudara, jiran tetangga, atau kenalan menghadapi saat sukar, sumbangan dalam pelbagai bentuk seperti wang ringgit, barangan keperluan, atau tenaga kerja adalah amat bermakna.
Kita berkumpul di sini dengan satu tujuan yang mulia, iaitu untuk menyampaikan sumbangan kepada mangsa banjir. Inisiatif ini juga menjadi simbol bahawa kita semua mampu bersatu hati dalam membantu mereka yang memerlukan, ujarnya semalam.
Menurutnya, 窪蹋勛圖厙 dan Persatuan Pengimpot dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (Pekema) sentiasa berusaha untuk memainkan peranan terbaik dalam membantu komuniti yang memerlukan, khususnya warga universiti yang terkesan oleh bencana ini.
Komitmen bersama ini merupakan platform penting untuk kita menyalurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan.
Program ini bukan sahaja bertujuan untuk meringankan beban mangsa banjir, malah mencerminkan nilai-nilai murni seperti semangat kesukarelawanan, kasih sayang, dan kepedulian sesama insan dalam memupuk keutuhan masyarakat serta memacu kesejahteraan bersama, tambahnya.
Beliau juga menyeru agar usaha seperti ini diteruskan sebagai budaya dalam masyarakat, kerana kepedulian sosial bukan sekadar tanggungjawab, tetapi juga mencerminkan nilai kemanusiaan yang harus dijunjung tinggi.
Majlis Sumbangan Mangsa Banjir yang dianjurkan oleh Yayasan Pekema dan TISSA-窪蹋勛圖厙 itu dirasmikan oleh Naib Canselor 窪蹋勛圖厙.
Sementara itu, Pengurus Besar Central Auto Distributors Bhd (CADB), Wan Ahmad Fadzli Wan Mustafa, melahirkan rasa berbesar hati dengan sambutan yang diberikan melalui kerjasama yang terjalin.
Kolaborasi adalah kunci kepada keberhasilan. Melalui sinergi antara 窪蹋勛圖厙, Pekema, dan CADB, usaha bersama ini dapat memberi impak yang lebih besar, katanya.
Beliau berharap bahawa ini adalah permulaan kepada lebih banyak program yang dirancang dan menyatakan komitmen untuk lebih kerap bekerjasama dengan 窪蹋勛圖厙 di masa hadapan.
Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada Naib Canselor 窪蹋勛圖厙 serta Pusat Pengajian Perakaunan Tunku Puteri Intan Safinaz (TISSA-窪蹋勛圖厙) atas kerjasama strategik dengan Pekema dalam menjayakan Program Charity Box.
Menurutnya, program ini adalah simbol keprihatinan bahawa dalam dunia perniagaan, aspek kemanusiaan tidak boleh dilupakan.
Saban tahun, jutaan ringgit disalurkan untuk kerja amal termasuk bencana alam, biasiswa, dan pendidikan, yang menjadi fokus utama dalam memastikan kesejahteraan masyarakat.
Program yang berkonsepkan Box of Love ini membawa maksud bahawa dalam menjalankan perniagaan, seperti produk Kereta Dongfeng Box EV, kita juga harus membawa kegembiraan kepada masyarakat, ujarnya.